Sunday, 11 January 2015

Pengalaman bersama BSA B40

Catatan Si Rambo: Biarpun telah memperolehi BSA B40, tetapi aku jarang menunggangnya kerana berasa kekok. Gear sebelah kanan dan brek pula sebelah kiri. Aku perlahan-lahan cuba menyesuaikan diri dengan menunggangnya dalam kawasan perumahan Desa Tambun. Kali pertama…. Aku hampir-hampir masuk longkang. Biarpun aku menunggangnya dalam keadaan perlahan, perasaan kekok tetap wujud. Seminggu sekurang-kurangnya dua kali aku membawanya bersiar-siar. Selama 2 tahun begitulah keadaannya. Aku kurang arif tentang motosikal British ini. Kerap lepak di warung kopi Pak Ali di Kampung Tersusun Tambun sesekali akan terjumpa dengan Shukri. Kebiasaannya Shukri akan datang dengan BSA YB 350cc. Aku tidak tahu pun ketika itu dia adalah Presiden Ipoh British Classicbike Club. Dengan dialah aku sering bertanya mengenai BSA lebih-lebih lagi mengenai alatganti.
Shukri sendiri tidak tahu yang aku telah memiliki BSA B40 ketika itu. Setelah 2 tahun…. Aku pun bersara dari perkhidmatan. Keputusan perpindah balik ke kampung dan menetap di sana. Ketika di kampung aku memberanikan diri menunggang BSA B40 di atas jalanraya. Aku telah mendapat rentak dan sering membawanya dalam keadaan laju dan tidak takut menempuh selekoh. Ketika itu aku begitu jarang membawa motosikal ZZR 500cc kerana telah teruja dengan BSA B40 (Keputusan akhir – aku telah menjual ZZR 500cc kerana telah tidak memperdulikannya lagi).
Satu hari aku memilih untuk melalui jalan Ladang UIE. Ladang UIE memang luas dan keluasannya 600 hektar. Bekas Ladang Tebu Gula Perak. Aku memasuki kawasan tersebut dan santai melihat ladang kelapa pandan dan sebahagian lagi ladang kelapa sawit. Aku masuk hingga ke kawasan penempatan pekerja dan kelihatan pekerja asing yang terdiri bangsa Indonesia dan Bangladesh. Ketika tiba di kawasan pejabat pengurusan ladang, aku berpatah balik dan tidak berhenti di mana-mana kerana khuatir melihat pekerja asing asyik memandang ke arah aku dengan motosikal lama. Lagipun aku tidak mengenali sesiapapun di situ.

Ketika dalam perjalanan pulang….. aku menempuh ladang kelapa pandan bersulam pokok koko yang saujana mata memandang kiri dan kanan jalan. Tiada kelibat manusia di situ. Tiba-tiba motosikal aku meragam. Injin mati dan aku cuba menghidupkannya berulangkali. Sehingga terasa seperti hampir tercabut lutut aku ketika itu. Aku mula kecut perut. Tempat itu sunyi…. Ketika aku terasa panik kulihat jam…. Pukul 3.15 petang. Cuba menghubungi sepupu isteri aku yang mempunyai bengkel kenderaan….. malangnya tiada talian telefon di situ. Aku cuba menyurung BSA B40…. Dalam keadaan terpaksa walaupun berat. Peluh mencurah-curah. Tiba-tiba ternampak sekumpulan anak gadis berbangsa India sedang berjalan. Mereka kelihatan seperti mahu pulang selepas bekerja di ladang. Sebaik bertembung aku terus bertanya “Dek…. Jauh lagi ke Pos Polis Bantuan?”. Salah seorang dari mereka menjawab “Lebih kurang 7 kilometer lagi Pak Cik!”. Aduh!!! Aku mengeluh sendirian. Inilah kali pertama aku berhadapan situasi begini.


Aku tiada pilihan melainkan terus menyurung BSA B40. Sambil aku menolak motosikal tiba-tiba berselisih dengan sebuah motosikal. Penunggangnya seorang pemuda Melayu. “Kenapa Bang?” dia bertanya. “Tak tahu…. Tiba-tiba je mati injin. Start banyak kali tak mahu hidup!” ujarku. Dia mengesyorkan aku meninggalkan motosikal di situ dan menawarkan bantuan naik motosikalnya keluar mencari mekanik. Aku menolak tawarannya itu kerana…. Khuatir motosikal aku akan dipelarikan oleh orang. Aku sanggup menolak motosikal tersebut walau berpuluh kilometer lagi asalkan tidak meninggalkannya di tempat yang tidak pasti keadaannya. Berisiko. Lagipun jika berbuat sedemikian pastinya jiwaku tidak tenteram. Akhirnya dia meninggalkan aku sendirian menolak BSA B40.
Tidak lama selepas itu lalu sebuah lori pick-up. Pemandunya berbangsa India agak berusia, manakala di belakang lori ada beberapa pekerja Indonesia. Dia berhenti dan bertanyakan keadaan motosikal. Dia menawarkan bantuan untuk menolong. Puas dia cuba menghidupkan, tetapi gagal. Diapun membelek-belek di bahagian injin. “Bang…. Motosikal ni guna petnam (Contact Point) bukan?” Lelaki itu bertanya. “Ya!” jawabku ringkas. “Nanti saya buka dan cuci dulu!” katanya lagi. Kebetulan pula aku ada beberapa tool terdiri dari spaner beberapa saiz, pemutar skru dan 2 biji Palam pencucuh (Plug). Dia membuka contact point dan mengasahnya dengan daun empelas yang ada di tepi jalan. Kemudian membuka palam pencucuh…. Selepas dibelek “Minta yang baru tu bang…. Tak guna lagikan?” dia bertanya kepadaku. Aku mengiyakan dan menghulurkan kepadanya.
Setelah semuanya dipasangkan…. Terus dia menendang engkol…. Broooommm! Brooommm! BSA B40 telah mula meraung. Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya dan tidak lupa kuhulurkan wang sepuluh ringgit. Dia menolak dan berkata hanya membantu dengan ikhlas. Aku beri juga sebagai tanda terima kasih dan sekadar duit minum. Akhirnya dia ambil. Aku mengambil kesempatan bertanya bagaimana dia tahu apa puncanya motosikal itu meragam? Rupa-rupanya dia pernah memiliki sebuah motosikal Honda Twin. Pengalaman orang lama bisik hatiku. Syukurlah…. Semuanya berjaya diatasi. Selepas itu aku selamat menunggang pulang dan itu adalah pelajaran pertama aku mengenai Motosikal Tua, Motosikal Lama….. Motosikal Buruk!! (Gambar Hiasan Motosikal BSA B40 - 350cc tahun 1962 - ehsan Google)



The Birmingham Small Arms Company Limited ( BSA )

The Birmingham Small Arms Company Limited ( BSA ) adalah utama industri British menggabungkan , kumpulan perniagaan pembuatan tentera dan sukan senjata api ; basikal ; motosikal ; kereta ; bas dan badan ; keluli ; tuangan besi ; peralatan tangan , kuasa , dan mesin ; pembersihan arang batu pengendalian dan tumbuh-tumbuhan; logam tersinter ; dan proses krom keras .

Pada kemuncaknya, BSA merupakan pengeluar motosikal terbesar di dunia. Kehilangan jualan dan pelaburan kurang dalam produk baru dalam bahagian motosikal , termasuk Triumph Motosikal, membawa kepada masalah untuk seluruh kumpulan .

Operasi menyelamat kerajaan yang dianjurkan pada tahun 1973 membawa kepada pengambilalihan baki operasi dengan apa yang kini Manganese Bronze Holdings , pemilik Norton - Villiers , dan sepanjang dekad penutupan lanjut dan dispersals berikut . Syarikat asal , The Arms Birmingham Small Company Limited , kekal sebagai anak Manganese Bronze Holdings tetapi namanya telah ditukar pada tahun 1987 .

Manganese Bronze Holdings terus beroperasi bekas Carbodies anak syarikat BSA , kini dikenali sebagai LTI Limited , pengeluar London Teksi dan dahulunya terbesar penuh British milik pengeluar kereta . ( Gangsa Mangan kini dimiliki oleh syarikat Geely Cina )
.


1951 hardtail BSA B31
 Awal tahun 70’an dulu amat mudah melihat motosikal British begini di Malaysia. Saingannya ketika itu hanya dari Vespa, Lambretta dan Honda. Cabarannya bermula sejak Honda Cup 50cc muncul. Oleh kerana alatganti sukar dicari, mahal dan kuat menelan petrol maka ia semakin tenggelam. Motosikal jenama dari Jepun mula mengambil alih. Kedai basikal pun boleh beli alatganti Honda Cup 50cc dan 70cc ketika itu. Penjimatan minyak yang paling ketara. Maka perlahan-lahan motosikal British tenggelam begitu saja ditelah arus zaman. Kebanyakan berkarat di bawah rumah, di tepi reban ayam dan sesetengahnya ditinggalkan begitu saja di bawah pokok hingga dinaiki semak samun
750-a75r

 Bermula tahun 2000 (Millenium) motosikal British kembali dipersada sewajarnya. Semakin lama semakin menjadi rebutan. Dari tepi reban ayam, bawah rumah, berkarat di bawah pokok malahan sudah tertanam separuh badan pun dicungkil keluar…. Diberi nafas baru dan kini motosikal British digilai oleh Peminat Motosikal Tua, Motosikal Lama, Motosikal Karat. Harganya melambung tidak keruan. Pemiliknya bukan calang-calang orang…. Berstatus tinggi kerana mereka saja yang mampu memilikinya!! Bagi aku yang tidak kaya ini beruntung kerana terlebih awal mendapatkannya. Selepas ini entahlah!! Memang tidak mampu dari sudut kewangan. Yang ada perlu dijaga… yang lain mustahil untuk mendapatkannya!!



Starfire 1968 - 1970

GF891-1 1929 BSA Sloper